Monday, December 28, 2009

Sambutan Tahun Baru 2010

Sambutan tahun Baru 2010 akan diadakan seperti ketetpan berikut :-
Tarikh : 31 Disember 2009 dan 1 Januari 2010
Tempat : Persekitaran Surau Riadh As-Solihin
Agenda (31 Disember 2009)
1. 5.00 petang - Gotong-royong membersihkan Surau Riadh As-Solihin
2. 7.00 petang - Solat Maghrib Berjemaah, bacaan Yassin, Tahlil, Doa Selamat, jamuan dan solat Isyak berjemaah.
3. 11.00 malam - BBQ
4. 12.00 malam - Final Countdown 2010

Agenda (1 Januari 2010)
1. 3.00 petang - Perlawanan Futsal TMJ
2. 6.00 petang - Majlis penyampaian hadiah.

Gotong-royong Membina Gelanggang Serbaguna

Gotong-royong membina gelanggang futsal TMJ telah dimulakan pada 15 Disember 2009. Ucapan terima kasih kepada penduduk TMJ yang telah membantu membina gelanggang Serbaguna tanpa mengira umur dan masa... Insyaallah TMJ akan mempunyai sebuah gelanggang Futsal di samping gelanggang Bola Tampar, takraw dan badminton...Majulah sukan untuk penduduk TMJ...

Sambutan Maal Hijrah 1431H

Sambutan Maal Hijrah telah diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 17 Disember 2009
Masa : 6.45 petang hingga 10.00 malam
Tempat : Surau Riadh As-Solihin
Penceramah : Ustaz Hishamuddin Bin Bibet, Setiausaha Masjid Pekan Kuala Selangor.

Program Korban Meriah




Program korban telah diadakan dengan jayanya dan sungguh meriah.

Tarikh program : 28 November 2009
Tempat : Perkarangan Surau Riadh As-Solihin.

Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan. Terima kasih kepada semua peserta korban dan penduduk TMJ dan Kg. Assam Jawa yang telah membantu menguruskan lembu korban ini.

Thursday, November 5, 2009

Mesyuarat Korban

Semua peserta korban, AJK Korban 2009 dan AJK Surau Riadh As-Solihin diminta melapangkan diri dan hadir ke mesyuarat seperti ketetapan berikut:.
Tarikh : 23 NOVEMBER 2009
Hari : ISNIN
Masa : Selepas Solat Isyak (8.45 malam)
Tempat : Surau Riadh As-Solihin, Taman Malawati Jaya
Peserta Korban yang belum menyelesaikan bayaran penyertaan korban, dipohon agar dapat menyelesaikan bayaran tersebut pada malam itu. Peserta korban juga diminta memberikan nama peserta AQIQAH atau KORBAN untuk penyusunan nama bahagian lembu. Sekiranya tuan tidak dapat hadir, tuan diminta menghantar wakil untuk membincangkan perkara berkaitan ibadah korban pada tahun ini.

Tuesday, October 20, 2009

Program Korban 2009







Program Korban 2009 akan diadakan lagi pada tahun ini. Insyaallah 5 ekor lembu akan dikorbankan sempena AidilAdha pada tahun ini. Pastikan penduduk mendapat KUPON untuk memudahkan pengagihan daging Korban 2009.
Tarikh Program : 28 November 2009 (SABTU)
Masa Program : 8.00 pagi



Sunday, September 27, 2009

Jamuan Raya TMJ 2009













Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri TMJ telah diadakan seperti ketetapan berikut.

Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Padang TMJ

Terima kasih dan tahniah kepada AJK yang terlibat dan penyedia-penyedia makanan/juadah jamuan hari raya pada tahun ini. Alhamdulillah...meriah dan makanan mencukupi...

Program Baraan TMJ

Program Baraan TMJ akan bermula 5 Oktober 2009 hingga 9 Oktober 2009. Berkumpul di Surau Riadh As-Solihin selepas Isyak (9.00 malam)

5 Okt. 2009 - Rumah Kak Pah, Rumah Iszamli dan Rumah Rashidiq
6 Okt. 2009 - Rumah Hj. Kamaruddin, Ustaz Alias dan Rumah Noraini
7 Okt. 2009 - Rumah Ayob, Encik Zulkifli, Ustaz Amin
8 Okt. 2009 - Rumah En. Shari Kaderan, En. Bukhari, En. Zaini
9 Okt. 2009 - Ust. Khairi, En. Ali dan En. Kamarulzihan

Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ahli Jawatankuasa PpTMJ mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua penduduk TMJ terutamanya kepada ahli persatuan. Bergembiralah di hari raya yang mulia ini. Bermaaf-maafan sesama kita. Berhati-hatilah di jalan raya.

Penduduk digalakkan menyertai program baraan yang akan diadakan pada 5 Oktober 2009 hingga 10 Oktober 2009. Tarikh Tutup penyertaan ialah pada 18 Oktober 2009.

Program Rumah Terbuka PpTMJ (Untuk Ahli Sahaja) sempena hari raya Aidilfitri pula akan diadakan seperti ketetapan berikut.
Tarikh : 11 Oktober 2009.
Masa : 9.00 malam
Tempat : Jalan Surau TMJ

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Berpuasa dan Berzakat

Jawatankuasa PpTMJ dan Surau Riadh As-Solihin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam terutamanya penduduk Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor. JANGAN LUPA GILIRAN MORE anda. . . . . Program terdekat di bulan Ramadhan ini ialah Majlis Berbuka Puasa Setaman sempena Nuzul Al-Quran yang akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 6 September 2009
Hari : AHAD
Masa : 6.00 petang
Agenda : 6.00 ptg Ceramah Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Mokhtar, Nazir Masjid Sultan Ibrahim.
7.25 petang Berbuka Puasa
7.35 petang Solat Maghrib Berjemaah
7.45 petang Makan Malam Bersama
8.45 malam Solat Maghrib Berjemaah
9.00 malam Solat Sunat Tarawikh dan MORE

Tuan/puan sekeluarga dijemput hadir berbuka ke Majlis Berbuka Puasa Setaman tersebut bagi keakraban dan ukwah yang berpanjangan.

Zakat Fitrah pula boleh dibayar kepada AMIL yang telah dilantik di TMJ iaitu En. Zilhayat Aimi, No 40, Jalan Meranti 2. Bayaran Zakat Fitrah = RM7.00 seorang.

Penduduk digalakkan memberi sumbangan dan bersedekah sepanjang bulan Ramadhan ini. Beramallah seolah-olah kita akan mati pada esok hari.

Sunday, August 16, 2009

Gotong-royong Membina Pondok Kawalan RT












Gotong-royong membina pondok Kawalan Keselamatan khas untuk peronda-peronda Taman Malawati Jaya telah diadakan pada
Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Simpang 4 Taman Malawati Jaya


Ucapan jutaan terima kasih kepada penduduk yang telah hadir menyumbang tenaga membina pondok kawalan tersebut. Semoga kesejahteraan dan keharmonian TMJ akan terus terbela dan terus aktif...

Tazkirah Ramadhan, Solat Hajat Exam dan Tahlil Bersama












Tazkirah Ramadhan, Solat Hajat Exam dan Tahlil Bersama telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Ogos 2009
Masa : 7.15 petang
Tempat : Perkarangan Surau Riadh As-Solihin
Agenda :
1. Solat Maghrib Berjemaah
2. Tazkirah oleh Ustaz Ismail Bin Abdul Kadir, Nazir Masjid Al-Barokah, Assam Jawa.
3. Solat Isyak Berjemaah
4. Solat Hajat Persediaan Menghadapi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM 2009
5. Majlis Tahlil Bersama-sama
6. Jamuan
7. Bersurai

Ucapan jutaan terima kasih kepada penduduk yang telah menyumbang/menderma untuk program ini termasuklah yang menyumbang barangan, wang ringgit dan tenaga. Terima kasih kepada kaum ibu yang telah menyediakan menu jamuan....memang sedap,,,ada oomph.
Penyata pendapatan dan perbelanjaan program ditampal di surau untuk rujukan dan bakinya dimasukkan ke akaun surau untuk program-program akan datang.


Thursday, August 13, 2009

Pertandingan Tilawah Al-Quran












Pertandingan Tilawah Al-Quran telah diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 7 Ogos 2009
Masa : 7.30 petang hingga 10.30 malam
Tempat : Perkarangan Surau Riadh As-Solihin.

Tahniah kepada keluarga .......... kerana berjaya pada kategori yang dipertandingkan.

1. Keluarga Shari Lan (ISMAIL) - Juara Kategori 6 - 9 tahun (L)
2. Keluarga Rosli Sabar (ASYILA NABIHAH) - Juara Kategori 6 - 9 tahun (P)
3. Keluarga Ayob B Arshad (MOHD NAJMIE ABRAR ) - Juara Kategori 10 - 12 tahun (L)
4. Keluarga Kamarulzihan (NURUL QISTINA ) - Juara Kategori 10 - 12 tahun (P)

Sunday, July 19, 2009

Ceramah israk Mikraj

Sempena Israk Mikraj, Surau Riadh As-Solihin akan mengadakan ceramah Israk Mikraj seperti ketetapan berikut
Tarikh : 25 Julai 2009
Masa : 7.00 ptg - 9.30 malam
Tempat : Surau Riadh As-Solihin
Penceramah : Uztaz Bukhari Bin Jayus
Agenda : 1. Solat Maghrib, 2. Ceramah Israk Mikraj, 3. Solat Isyak, 4. Jamuan.
Semua Penduduk dijemput hadir.

Gotong-royong Membersihkan Surau







Gotong-royong membersihkan surau telah diadakan pada 19 Julai 2009 mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. AJK Persatuan Penduduk dan AJK Surau Riadh As-Solihin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran penduduk yang telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan program gotong-royong tersebut. turut diucapkan terima kasih daun keladi Kepada S. Azmi kerana menyumbangkan roti canai untuk penduduk.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah
1. Memindahkan bangsal lama
2. Mengecat Surau
3. Membuat tanda nama Surau
4. Membuka tandas lama
5. Membersihkan persekitaran Surau.



Monday, July 6, 2009

Tilawah Al-Quran Peringkat Taman

Pertandingan Tilawah Al-Quran akan dianjurkan di peringkat TMJ. Penduduk yang mempunyai anak bolehlan menyertai pertandingan ini. 3 kategori akan dipertandingkan iaitu 7 hingga 9 tahun, 10 hingga 12 tahun dan kategori remaja.
Cadangan Tarikh Program : 8 Ogos 2009
Masa Program : 7.00 petang - 11.00malam .

Anak-anak yang berminat bolehlah berlatih mulai sekarang.
Surat edaran akan menyusul kemudian.

Hari Keluarga TMJ 2009


Persatuan Penduduk TMJ telah mengadakan Hari Keluarga/Sukaneka seperti ketetapan di bawah.

Tarikh : 5 Julai 2009

Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh

Tempat : Padang TMJ, Kuala Selangor


Pelbagai acara menarik telah diadakan untuk kategori Pra sekolah, Tahap 1, Tahap 2, Remaja, Kaum bapa, Kaum Ibu, Suami Isteri, Acara Keluarga dan acara berpasukan. Acara terbuka seperti gubahan bahan terbuang, teka biji labu dan teka berat roti canai gergasi turut diadakan.
Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pemenang dan penduduk yang terlibat dalam program tersebut.

Tuesday, June 16, 2009

Mesyuarat Penubuhan Rukun Tetangga

TMJ akan mencipta satu lagi sejarah di mana akan dilancarkan Penubuhan Rukun Tetangga pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 20 Jun 2009
Masa : 9.00 malam - 10.30 malam
Tempat : Perkarangan Surau Riadh As-Solihin

Semua penduduk TMJ dijemput hadir.

Kenduri Kesyukuran Setaman

Majlis kenduri setaman akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 20 Jun 2009
Masa : 7.15 petang - 9.00 malam
Tempat : Surau Riadh As-Solihin

Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih kepada semua penduduk di atas kejayaan TMJ dianugerahkan sebagai JKP Terbaik daerah Kuala Selangor - Anugerah Seri Siantan.

Thursday, June 4, 2009

Program Hari Keluarga TMJ 2009


Program Hari Keluarga PpTMJ

Tarikh : 5 Julai 2009
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Padang TMJ

- Pelbagai acara menarik dari Tahap Pra Sekolah hingga ke Dewasa
- Ahli persatuan jangan lepaskan peluang menyertai acara ini.
- Penduduk yang belum mendaftar sebagai ahli TMJ diminta mendaftar bagi membolehkan anda menyertai program/acara di Taman Malawati Jaya.
- Bayaran sumbangan untuk program Hari Keluarga ialah RM10.00 sahaja sekeluarga tanpa had acara yang ingin disertai.
- Hantar borang penyertaan bersama wang sumbangan sebelum 30 Jun 2009.
-Borang Pendaftaran Keahlian PpTMJ boleh diperolehi melalui Setiausaha PpTMJ (ISZAMLI BIN JAILANI) , No 35, Jalan Meranti 3. Tel. 019-6349198

Wednesday, June 3, 2009

Tahniah kepada warga Taman Malawati Jaya

Tahniah kepada semua penduduk Taman Malawati Jaya kerana telah memenangi Hadiah Pertama Pengurusan JKP Terbaik...Terima kasih dan tahniah kepada semua penduduk TMJ di atas kejayaan ini. Hadiah tempat pertama berbentuk PROJEK dan bernilai RM15000.00. Semoga kita dapat mengekalkan kejayaan ini...Tahniah semua....berikan sokongan anda untuk memajukan lagi taman kita...

Wednesday, May 27, 2009

Tahniah dan terima kasih











Ucapan terima kasih kepada AJK PPTMJ kerana telah berjaya menganjurkan Program Hari ibu dan melancarkan blog pptmj.blogspot.com.

Thursday, May 21, 2009

Program Akan Datang


Kursus Kepimpinan Belia 2009 akan dijalankan pada :


Tarikh : 26 hingga 28 Jun 2009
Tempat : Kem Rekreasi Bukit Hijau, Bukit Kuching
Pendaftaran : 3.00 petang (26 Jun 2009)


Semua Pemimpin/Ketua pelajar sekolah menengah di Daerah Kuala Selangor terlibat dalam program ini. Pelbagai aktiviti kepimpinan yang mencabar telah dirancang untuk mereka.

Penganjur :
1. Majlis Belia Selangor Daerah Kuala Selangor
2. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor
3.Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor.

Futsal PPTMJ


Pasukan futsal akan mengambil bahagian dalam kejohanan Futsal ADUN Bukit Malawati pada

Tarikh : 23 Mei 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Padang Futsal IPD Kuala Selangor


Semoga pasukan futsal akan mendapat kejayaan...buat habis baik.

Program Terbaru


Program sambutan Hari Ibu akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Mei 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Padang Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor.


Pelbagai acara menarik seperti memasak rendang, kuih puding, mengayam ketupat, gelung beracun, surat berarahan, mewarna, membuat kad Hari Ibu dan beberapa acara yang lain. Semua ahli PPTMJ diminta hadir menyertai program tersebut...tiada sebarang bayaran...hadiah menarik disediakan.

Belia PPTMJ


Persatuan Belia Taman Malawati Jaya dalam proses penubuhan. Anda boleh menyertai kami dan boleh bertukar-tukar idea untuk kemajuan belia di TMJ, daerah Kuala Selangor dan negara amnya...BELIA PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA.

Wednesday, May 20, 2009

Produk Serai


Anda boleh mendapatkan bekalan serai, benih serai dari kami...sila berhubung dengan Wak Is, no Phone 019-6349198