Friday, July 16, 2010

Majlis Israk Mikraj dan Tahlil Bersama

Ceramah Israk Mikraj dan Tahlil Bersama (Setaman ) telah diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 6 Ogos 2010
Masa : 7.00 ptg - 10.00 malam
Hari : AHAD
Penceramah : Ustaz Hj. Abdul Halim Bin Abas
Semua penduduk yang beragama Islam dijemput hadir. Terima kasih diucapkan kepada penduduk yang menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program di atas.

Ceramah/Tazkirah Mingguan

Semua penduduk yang beragama Islam dijemput ke program ilmu di Surau Riadh As-Solihin kerana tazkirah agama akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Hari : Jumaat(Setiap Minggu)
Tarikh : 2 Julai, 9 Julai, 16 Julai, 23 Julai dan 30 Julai 2010.
Masa : 7.00 petang - 9.30 malam

Hari Belia Negeri Selangor







Sempena Hari Belia Negeri Selangor, Persatuan Belia Putera Malawati Jaya telah mengambil bahagian dengan menganjurkan Program Treasure Hunt sekitar Bukit Malawati kepada belia-belia yang hadir dalam program tersebut. Pelbagai acara telah diadakan seperti Perkhemahan Futsal, pameran, jualan, larian perpaduan, cabutan pengunjung bertuah dan pelbagai acara lain. Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Belia Negeri Selangor tersebut.
Tarikh : 9 - 11 Julai 2010
Tempat : Perkarangan Bangunan UMNO K. Selangor dan SMK Sultan Abdul Aziz