Wednesday, September 29, 2010

Rumah Terbuka TMJ Meriah











Rumah terbuka TMJ telah diadakan dengan meriahnya pada:-
Tarikh : 26 September 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 - 11.00 malam
Tempat : Perkarangan Surau Riadh As-Solihin.

Terima kasih kepada ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk TMJ, KRT TMJ, Surau Riadh As-Solihin, Persatuan Belia Putera, Persatuan Belia Puteri, Pertubuhan WI, Komuniti Polis yang telah menjayakan program ini. Terima kasih kepada penduduk TMJ yang hadir dengan bilangan yang melebihi 500 orang termasuklah ADUN Malawati, YB. Ir. M. Muthiah, Ketua Polis IPD Kuala Selangor, wakil YB Dr. Zulkifli Bin Ahmad dan ramai lagi tetamu VIP yang hadir. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk TMJ.

Saturday, September 18, 2010

Program Baraan 2010 – 35 buah rumah











Program Baraan 2010

Tarikh : 18 September 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang

Terima kasih di atas penyertaan penduduk dalam Program Baraan 2010. Sebanyak 35 buah rumah terlibat dalam program Baraan ini dan dapat dihabiskan dalam masa 1 hari sahaja. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari AJK PpTMJ, AJK KRT dan AJK Surau Riadh As-Solihin. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan....Insyaallah.

Takbir Malam Raya Aidilfitri 2010

Takbir Malam Raya telah diadakan pada 9 September 2010. Penduduk TMJ yang belum balik ke kampung telah memeriahkan program tersebut. Terdapat 3 lokasi takbir malam raya iaitu di Surau Riadh As-Solihin, Rumah Abdul Rahman (Kak Pah) dan di rumah Encik Aziz (Mertua En. Idris). Terima kasih kepada penduduk TMJ yang menjayakan program tersebut. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua penduduk TMJ.

Program Bubur Lambuk 2010







Program Bubur Lambuk 2010
Tarikh : 4 September 2010
Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Parking Surau Riadh As-Solihin, TMJ

Terima kasih kepada penduduk yang hadir membantu menyediakan bubur Lambuk TMJ (2 jenis), membungkus seterusnya mengedarkan kepada semua penduduk TMJ. Sekiranya ada penduduk TMJ yang tidak mendapat agihan bubur lambuk tersebut, kemaafan dipohon di atas kekurangan tersebut.