Tuesday, January 25, 2011

Mesyuarat AJK Surau Kali ke 1, 2011

Mesyuarat AJK Surau Riadh As-Solihin kali ke 1 bagi tahun 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 26 Jan 2011
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Riadh As-Solihin, Taman Malawati Jaya
Agenda : Laporan Aktiviti 2010 dan Perancangan Aktiviti 2011.
Semua AJK diminta hadir.

Sunday, January 9, 2011

Pengumuman Penting Awal Tahun 2011

Kepada Semua Penduduk Taman Malawati Jaya.

Kepada ahli-ahli yang telah mendaftar untuk pertubuhan-pertubuhan di bawah, dikehendaki menjelaskan sebarang yuran tertunggak dan yuran tahun 2011. Kegagalan tuan menjelaskan Yuran memungkinkan keahlian tuan ditamatkan.
Persatuan Penduduk TMJ = RM12.00 setahun
Khairat Kematian TMJ (Islam) = RM24.00 setahun

Surau Riadh As-Solihin juga telah menubuhkan Syarikat Pinggan Mangkuk bagi kegunaan penduduk TMJ. Semua penduduk yang beragama Islam digalakkan menyertai Syarikat Pinggan Mangkuk ini. Yuran Keahlian hanya RM100.oo sahaja.(Seumur Hidup) Pendaftaran boleh dibuat dengan menemui En. S. Azmi Sario atau En. Iszamli Jailani.

Surau Riadh As-Solihin juga merancang Program Korban 2011. Setiap satu bahagian RM380.00 sahaja dan boleh dibuat secara ansuran mulai Januari 2011 hingga Oktober 2011. Kepada penduduk yang berminat bolehlah berhubung dengan En. Kamarudin Sujang atau En. Iszamli Jailani.



Saturday, January 1, 2011

Ambang 2011











Program Sambutan Tahun Baru 2011 diadakan di Taman Malawati Jaya bagi menyambut tahun baru 2011 yang akan bermula pada detik 12.00 tengah malam. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti pertandingan ping pong, futsal, bola tampar, masakan berasaskan labu, mewarna, membaca yassin dan tahlil, karaoke dan gotong-royong menceriakan Surau Riadh As-Solihin. Tahniah kepada pemenang-pemenang.....dan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat. Selamat Tinggal 2011 dan selamat datang 2011. Semoga 2011, TMJ lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.