Tuesday, April 27, 2010

Segunung Kasih Sejuta Harapan




Sambutan Segunung Kasih Sejuta Harapan ini diadakan bagi memperingati hari-hari istimewa sepanjang bulan Mei setiap tahun. Hari penting seperti Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Belia, Hari Jururawat dan Hari Perpaduan disambut sepanjang bulan Mei. PpTMJ amat mengambil berat hari-hari Istimewa ini dan akan menganjurkan aktiviti yang bersesuaian untuk penduduk. Segunung Kasih Sejuta Harapan dapat meningkatkan lagi kasih sayang kita kepada nereka yang teristimewa. Ucapan terima kasih kepada penduduk yang telah menyertai program dan tahniahkepada penduduk yang telah memenangi acara yang dipertandingkan. Segunung Kasih Sejuta Harapan telah diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 16 Mei 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Futsal Taman Malawati Jaya
Antara acara yang akan dipertandingkan termasuklah mendeklamasikan sajak, masakan rendang, kuih berasaskan ubi, gubahan tuala, sukaneka, pertandingan mewarna, anyam ketupat, cabutan bertuah dan pelbagai acara lagi.

Saturday, April 17, 2010

Treasure Hunt 2010


Persatuan Penduduk Taman Malawati Jaya Kuala Selangor telah menganjurkan Treasure Hunt 2010. Program ini bermula dari Taman Malawati Jaya - Bukit Malawati - Taman Alam - Kolam Ikan - Taman Malawati Jaya. Anak-anak yang berumur 7 hingga 15 tahun telah menyertai acara ini. Berikut adalah maklumat program tersebut :-
Tarikh : 25 April 2010
Hari : Ahad
Masa : 7.00 pagi
Perasmi : Puan Rohaida Bt. Abdul Kadir, Peg. Perpaduan Daerah Kuala Selangor