Sunday, December 12, 2010

Kem Smart Solat 2010











Kursus Smart Solat diadakan di peringkat Taman Malawati Jaya sebagai pendedahan ilmu kepada anak-anak penduduk Taman Malawati Jaya tentang solat yakni rukun Islam yang kedua. Bermula dengan cara-cara mengambil wuduk, azan, qamat dan seterusnya fardhu-fardhu dalam solat. Program ini berfokus kepada anak-anak yang berumur 7 hingga 12 tahun.
Terima kasih kepada semua fasilitator dan urusetia yang telah bertugas sepanjang hari mulai 6 Disember 2011 hingga 7 Disember 2010.




Wednesday, September 29, 2010

Rumah Terbuka TMJ Meriah











Rumah terbuka TMJ telah diadakan dengan meriahnya pada:-
Tarikh : 26 September 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 - 11.00 malam
Tempat : Perkarangan Surau Riadh As-Solihin.

Terima kasih kepada ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk TMJ, KRT TMJ, Surau Riadh As-Solihin, Persatuan Belia Putera, Persatuan Belia Puteri, Pertubuhan WI, Komuniti Polis yang telah menjayakan program ini. Terima kasih kepada penduduk TMJ yang hadir dengan bilangan yang melebihi 500 orang termasuklah ADUN Malawati, YB. Ir. M. Muthiah, Ketua Polis IPD Kuala Selangor, wakil YB Dr. Zulkifli Bin Ahmad dan ramai lagi tetamu VIP yang hadir. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk TMJ.

Saturday, September 18, 2010

Program Baraan 2010 – 35 buah rumah











Program Baraan 2010

Tarikh : 18 September 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang

Terima kasih di atas penyertaan penduduk dalam Program Baraan 2010. Sebanyak 35 buah rumah terlibat dalam program Baraan ini dan dapat dihabiskan dalam masa 1 hari sahaja. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari AJK PpTMJ, AJK KRT dan AJK Surau Riadh As-Solihin. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan....Insyaallah.

Takbir Malam Raya Aidilfitri 2010

Takbir Malam Raya telah diadakan pada 9 September 2010. Penduduk TMJ yang belum balik ke kampung telah memeriahkan program tersebut. Terdapat 3 lokasi takbir malam raya iaitu di Surau Riadh As-Solihin, Rumah Abdul Rahman (Kak Pah) dan di rumah Encik Aziz (Mertua En. Idris). Terima kasih kepada penduduk TMJ yang menjayakan program tersebut. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua penduduk TMJ.

Program Bubur Lambuk 2010







Program Bubur Lambuk 2010
Tarikh : 4 September 2010
Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Parking Surau Riadh As-Solihin, TMJ

Terima kasih kepada penduduk yang hadir membantu menyediakan bubur Lambuk TMJ (2 jenis), membungkus seterusnya mengedarkan kepada semua penduduk TMJ. Sekiranya ada penduduk TMJ yang tidak mendapat agihan bubur lambuk tersebut, kemaafan dipohon di atas kekurangan tersebut.

Monday, August 30, 2010

Program Nuzul Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa Bersama Komuniti Polis Kuala Selangor, Sumbangan Anak Yatim, Ibu Tunggal dan warga Emas







Program Nuzul Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa Bersama Komuniti Polis Kuala Selangor, Sumbangan Anak Yatim, Ibu Tunggal dan warga Emas.
Tarikh : 25 Ogos 2010
Masa : 6.00 petang - 10.00 malam
Tempat : Surau Riadh As-Solihin
Tetamu yang hadir termasuklah Ketua Polis IPD Kuala Selangor dan staf, Pengerusi Komuniti Polis Daerah Kuala Selangor, Pengerusi KRT Daerah Kuala Selangor, Ahli Majlis MDKS, Nazir Masjid dan ramai lagi.
Terima kasih kepada para penyumbang sama ada sumbangan berbentuk wang ringgit dan tenaga menyediakan juadah berbuka puasa.



Monday, August 23, 2010

Program Kibarkan Jalur Gemilang

Program Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan :-
Tarikh : 18 Ogos 2010

Tahniah kepada belia-belia TMJ yang telah mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar Surau Riadh As-Solihin. Pengibaran Jalur Gemilang menggambarkan para belia tetap menghayati Bulan Kemerdekaan negara.

Friday, July 16, 2010

Majlis Israk Mikraj dan Tahlil Bersama

Ceramah Israk Mikraj dan Tahlil Bersama (Setaman ) telah diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 6 Ogos 2010
Masa : 7.00 ptg - 10.00 malam
Hari : AHAD
Penceramah : Ustaz Hj. Abdul Halim Bin Abas
Semua penduduk yang beragama Islam dijemput hadir. Terima kasih diucapkan kepada penduduk yang menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program di atas.

Ceramah/Tazkirah Mingguan

Semua penduduk yang beragama Islam dijemput ke program ilmu di Surau Riadh As-Solihin kerana tazkirah agama akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Hari : Jumaat(Setiap Minggu)
Tarikh : 2 Julai, 9 Julai, 16 Julai, 23 Julai dan 30 Julai 2010.
Masa : 7.00 petang - 9.30 malam

Hari Belia Negeri Selangor







Sempena Hari Belia Negeri Selangor, Persatuan Belia Putera Malawati Jaya telah mengambil bahagian dengan menganjurkan Program Treasure Hunt sekitar Bukit Malawati kepada belia-belia yang hadir dalam program tersebut. Pelbagai acara telah diadakan seperti Perkhemahan Futsal, pameran, jualan, larian perpaduan, cabutan pengunjung bertuah dan pelbagai acara lain. Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Belia Negeri Selangor tersebut.
Tarikh : 9 - 11 Julai 2010
Tempat : Perkarangan Bangunan UMNO K. Selangor dan SMK Sultan Abdul Aziz

Tuesday, May 18, 2010

Kursus Pengurusan KRT dan SRS

Tahniah kepada 2 AJK KRT kita kerana terpilih mengikuti Kursus Pengurusan KRT dan SRS yang akan diadakan seperti ketetpan berikut :-
Tarikh : 21 hingga 23 Mei 2010
Tempat : Hotel Holiday Inn, Melaka
Peserta terpilih :
1. S. Azmi Bin Sario
2. Mohd Yazid Bin Mohd Ani

Wednesday, May 5, 2010

Program Terdekat

1. Kem Smart Solat. -----ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
- Sasaran anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun
- Tarikh program : 21 Mei 2010 - ditangguhkan.
- Masa Program : 8.00 hingga 2.00 petang
- Tempat Program : Surau Riadh As-Solihin

2. Kursus Pengurusan Jenazah
- Sasaran remaja, ibu dan bapa TMJ
- Tarikh program : 27 Mei 2010
- Masa Program : 8.00 hingga 5.00 petang
- Tempat Program : Surau Riadh As-Solihin
- Penceramah dan sijil disediakan oleh JAIS

Jika berminat berhubung dengan En. Iszamli (019-6349198)

Tuesday, April 27, 2010

Segunung Kasih Sejuta Harapan




Sambutan Segunung Kasih Sejuta Harapan ini diadakan bagi memperingati hari-hari istimewa sepanjang bulan Mei setiap tahun. Hari penting seperti Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Belia, Hari Jururawat dan Hari Perpaduan disambut sepanjang bulan Mei. PpTMJ amat mengambil berat hari-hari Istimewa ini dan akan menganjurkan aktiviti yang bersesuaian untuk penduduk. Segunung Kasih Sejuta Harapan dapat meningkatkan lagi kasih sayang kita kepada nereka yang teristimewa. Ucapan terima kasih kepada penduduk yang telah menyertai program dan tahniahkepada penduduk yang telah memenangi acara yang dipertandingkan. Segunung Kasih Sejuta Harapan telah diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 16 Mei 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Futsal Taman Malawati Jaya
Antara acara yang akan dipertandingkan termasuklah mendeklamasikan sajak, masakan rendang, kuih berasaskan ubi, gubahan tuala, sukaneka, pertandingan mewarna, anyam ketupat, cabutan bertuah dan pelbagai acara lagi.

Saturday, April 17, 2010

Treasure Hunt 2010


Persatuan Penduduk Taman Malawati Jaya Kuala Selangor telah menganjurkan Treasure Hunt 2010. Program ini bermula dari Taman Malawati Jaya - Bukit Malawati - Taman Alam - Kolam Ikan - Taman Malawati Jaya. Anak-anak yang berumur 7 hingga 15 tahun telah menyertai acara ini. Berikut adalah maklumat program tersebut :-
Tarikh : 25 April 2010
Hari : Ahad
Masa : 7.00 pagi
Perasmi : Puan Rohaida Bt. Abdul Kadir, Peg. Perpaduan Daerah Kuala Selangor

Friday, March 5, 2010

Komuniti Polis Daerah - TMJ jadi pengerusi

Tahniah kepada En. Mohd Said Bin Mohd Sani dan En. Mohd Yazid Bin Mohd Ani kerana telah dilantik sebagai Pengerusi dan Setiausaha Komuniti Polis Daerah Kuala Selangor pada 1 Mac 2010 yang lalu...Terus berusaha untuk keamanan dan kesejahteraan TMJ...

Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010 TMJ

Anugerah pelajar cemerlang dalam peperiksaan akan diadakan bagi menghargai anak-anak ahli PpTMJ yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PSRA, PMR, SPM dan STPM
TARIKH : 13 MAC 2010
MASA : 10.00 MALAM
TEMPAT: SURAU RIADH AS-SOLIHIN, TAMAN MALAWATI JAYA.
Tahniah kepada anak dan ibubapa ahli yang telah mencapai keputusan cemerlang dan terus berusaha mencapai kecemerlangan...

UPSR (4A DAN 5A)
1. NUR AMIRAH BT. ISZAMLI - 5A
2. MOHD NAJMIE ABRAR BIN AYOB - 5A
3. MUHD AFIQ IRFAN BIN BUKHARI - 5A
4. NUR IZZAH HAZWANI BT. ZAIDI - 5A
5. MOHD ANAS SAFWAN BIN MAT DESA - 4A1B
6. MOHD ASYRAF BIN ABDULLAH - 4A1B
7. ARIF HELMI BIN S. AZMI - 4A1B

PSRA (MUMTAZ)
1. NUR AMIRAH BT. ISZAMLI - MUMTAZ
2. MUHD AFIQ IRFAN BIN BUKHARI - MUMTAZ
3. NUR IZZAH HAZWANI BT. ZAIDI - MUMTAZ

PMR (5A – 9A)
1. NAJWA SHAKIRA BINTI AYOB - 9A
2. NABILAH BINTI UMAR - 9A
3. SYARIFAH YASMIN BT. SAYED IZHAM - 6A

SPM (4A ke atas)
1. RASYIDAH BINTI UMAR - 4A
2. NURAUNA BINTI ZAINI - 5A
3. MOHD NAJMUDDIN BIN AYOB - 5A

Maulud Nabi Peringkat TMJ 2010

Majlis Maulud Nabi Peringkat TMJ akan diadakan pada :-
TARIKH : 13 MAC 2010
MASA : 7.15 PETANG HINGGA 10.00 MALAM
TEMPAT: PERKARANGAN SURAU RIADH AS-SOLIHIN, TAMAN MALAWATI JAYA.
PENCERAMAH :
Ustaz Amir Noor Hezam Bin Amir Edaham
Perunding Motivasi Umrah Haji dan Dakwah Raudhah Travels
Aturcara :
Solat Maghrib Berjemaah
Ceramah Maulidur Rasul
Solat Isyak Berjemaah
Anugerah Pelajar Cemerlang TMJ
Jamuan
Bersurai
....Semua penduduk beragama Islam dijemput hadir...

Tuesday, February 23, 2010

Mesyuarat Agung PpTMJ kali ke 2


Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Malawati Jaya kali ke 2 telah diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 21 Februari 2010
Masa : 9.00 malam
Tempat : Sebelah Padang Futsal TMJ
Perasmi : Encik Nor Az Azlan Bin Ahmad, Ahli Majlis MDKS.

Tahniah kepada ahli yang telah hadir dan telah menyumbangkan idea. Kepada penduduk yang belum menjadi ahli...,daftarlah sekarang dan menyumbanglah untuk memakmurkan TMJ.

Kejohanan Futsal Tertutup TMJ







Kejohanan Futsal Tertutup TMJ telah dilaksanakan dengan jayanya pada :-
Tarikh : 21 Februari 2010
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Futsal TMJ
Perasmi : Encik Fithal Bin Mohd Din, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Selangor
Turut diadakan kejohanan bola tampar senior yang hebat.
Tahniah kepada pasukan yang telah berjaya...majulah sukan untuk TMJ.

Pelancaran Rukun Tetangga &SRS










Pelancaran Rukun Tetangga dan Sistem Rondaan Sukarela telah dilaksanakan dengan jayanya pada :
Tarikh : 21 Februari 2010
Masa : 12.00 Tengahari
Tempat : Padang serbaguna (Futsal)
Perasmi : Encik Fithal Bin Mohd Din, Timbalan Pengarah, Jabatan Perpaduan Negeri Selangor.

Tahniah kepada AJK yang telah dilantik dalam SRS. Jalankan tugas anda sebaik mungkin.

Saturday, February 20, 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar




Perlawanan Bola Tampar persahabatan telah diadakan antara belia TMJ dengan YBK Kuala Selangor seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 4 Februari 2010
Masa : 6.00 petang
Tempat : Padang Serbaguna (Futsal) TMJ.